Selamat Datang Ke Blog Rasmi Belia Kampung Jiboi Baru
Selamat Hari Raya Aidiladha 1431H
Anda ada cadangan? anda mahu menulis sesuatu? ada sesuatu yang anda ingin kongsikan di Blog ini? sesiapa sahaja boleh melakukannya, khusus untuk warga Kg. Jiboi Baru dan secara amnya untuk semua pembaca blog ini pun boleh juga..anda boleh terus e-mail kan kepada kami di
paichowpemusnahkeramat@yahoo.com
Segala yang anda tulis akan disiarkan di blog ini..bagi pembaca lain yang berminat, anda dijemput untuk menjadi follower, bagi warga Jiboi Baru, anda digalakkan jadi follower ya.

Wednesday

" Tahniah Kumpulan Marhaban "

Pada hari Ahad yang lalu bersamaan 19.09.2010 maka telah tamatlah aktiviti marhaban di Kg. Jiboi Baru, sekalung tahniah kepada adik-adik remaja yang telah berjaya melakukan aktiviti ini sejak dari hari Khamis lagi.

Tidak Mudah
Ianya bukanlah satu tugasan yang mudah buat semua, memerlukan komitmen dan kesabaran yang tinggi untuk melaksanakan misi Marhaban ini. Ini kerana adik-adik ini telah bermula seawal 8.00 pagi lagi pergi dari satu rumah ke satu rumah di seluruh pelusuk Kg. Jiboi Baru ini untuk bermarhaban.

Terima Kasih
Jutaan terima kasih juga kepada semua rumah yang terlibat dengan aktiviti ini kerana sudi menerima kedatangan adik-adik ini ke rumah tuan-tuan, sudi menyediakan juadah dan yang paling penting, sudi memberi duit raya kepada adik-adik ini. Pujian juga harus diberikan kepada pengasas kumpulan ini iaitu Mejar(B) Hj. Daud kerana berjaya membimbing kumpulan ini dengan sukses sekali.

Peningkatan
Jika dilihat dari awal sejarah penubuhannya, kumpulan ini hanya memiliki lebih kurang 25 ahli dan tidak banyak rumah yang terlibat, tetapi tahun demi tahun, permintaan dari tuan rumah untuk marhaban ini telah meningkat berkali-kali ganda, dari 40 ke pada lebih 200 rumah. Ahli marhaban juga telah bertambah sebanyak 55 orang lelaki dan perempuan.

Galeri
Untuk tatapan adik-adik,seluruh warga Kg. Jiboi Baru dan juga generasi akan datang, kami di Blog Belia Kg. Jiboi Baru telah meletakkan gambar-gambar kenangan di ruangan galeri gambar bagi memudahkan adik-adik melihat dan mencetak gambar tersebut.

Tahniah
Akhir sekali, tahniah adik-adik dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan aktiviti ini, semoga permuafakatan dan silaturahim yang sedia terjalin di Kg. Jiboi Baru ini berkekalan hendaknya.

" Ya Allah, perlihatkanlah kepada kami kebenaran itu sebagai kebenaran dan rezekikan kami upaya mengikutnya. Perlihatkanlah kepada kami kebatilan itu sebagai kebatilan dan kurniakan kepada kami kekuatan untuk menghindarinya, Amin. "

3 comments:

  1. Saya hanya mampu menitiskan airmata melihat usaha-usaha murni yang dijalnkan oleh seluruh penduduk Kg. Jiboi Baru yang bersatu padu...all of you is the best...

    ReplyDelete
  2. bagusnya...tempat saya tkda pun cmnih, sy nk cadangkan kat tok ketua saya lah.

    ReplyDelete
  3. Saya amat berbangga dengan kemeriahan ramadhan dan amat berharap agar adik-adik ini akan mengimarahkan surau kg jiboi baru. Semoga kita akan ada penyertaan dalam imam muda musim kedua nanti. Berusahalah

    ReplyDelete